Thursday, 6 June 2013

BARANGAN TIRUAN DAN PENGGUNA

Apakah yang dimaksudkan dengan barangan tiruan?

Barangan tiruan merupakan produk yang sama seperti produk yang asli tetapi bukan asli. Rupa barangan tiruan tidak berbeza dengan produk asli dan sukar untuk kita membezakan yang mana tiruan dan  yang mana asli. Barangan tiruan biasanya terdapat pada produk harian yang selalu kita gunakan seperti pakaian, barangan elektronik, makanan, ubat-ubatan, kosmetik dan lain-lain lagi. Antara sedar ataupun tidak sedar, barangan yang kita gunakan setiap hari merupakan produk tiruan!

Mengapakah barangan tiruan dihasilkan?

Permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk itu menjadi sebab utama barangan tiruan dihasilkan dan dipasarkan secara berleluasa. Kos penghasilan barangan tiruan yang rendah berbanding kos yang digunakan untuk menghasilkan produk yang asli juga menyebabkan barangan tiruan mudah dihasilkan. Barangan tiruan ini juga dipasarkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada barangan yang asli dan ini menarik minat pengguna untuk memilih barangan tiruan.

Kelebihan barangan tiruan

Barangan tiruan adalah sangat murah. Pengguna yang tidak mampu membeli produk yang mahal akan memilih barangan tiruan asalkan hasrat mereka untuk bergaya dengan jenama mahal tercapai.

Kekurangan barangan tiruan

Kualiti produk tiruan adalah kurang berbanding produk yang asli. Tempoh penggunaan barangan tiruan adalah tidak lama dan mudah rosak. Produk yang asli juga boleh rosak tetapi jika dibandingkan dengan yang tiruan produk yang asli jauh lebih tahan berbanding tiruan. Walaupun produk tiruan murah namun kepuasan pelanggan selama menggunakan produk tersebut tidak sama seperti menggunakan produk yang asli.

Keburukan penggunaan barangan tiruan

Barangan tiruan boleh menjejaskan kesihatan pengguna misalnya dengan pengambilan produk kosmetik tiruan, ubat-ubatan tiruan, dan makanan sampingan yang tiruan.
Ada juga syarikat yang mengambil kesempatan menjual produk tiruan dengan harga yang sama seperti produk yang asli contohnya telefon bimbit. Pelanggan hanya sedar yang dia tertipu apabila terdapat aplikasi yang tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Ini tentunya akan merugikan pelanggan dan mendatangkan masalah kepada syarikat yang menjual produk tiruan tersebut apabila pelanggan membuat aduan.
Apabila barangan tiruan menjadi pilihan pelanggan, nilai jenama yang mahal akan menurun kerana sesiapapun boleh mengenakan pakaian atau aksesori yang berjenama mahal. Ini akan mendatangkan kerugian kepada syarikat pengeluar utama jenama tersebut kerana produk mereka tidak menjadi pilihan pelanggan.

Bagaimana cara-cara untuk mengenalpasti barangan tiruan?

1) Langkah pertama yang harus dilakukan oleh pengguna untuk mengenalpasti barangan tiruan ialah dapatkan maklumat mengenai barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah, surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Maklumat juga boleh didapati daripada rakan-rakan dan pengalaman sendiri dalam menggunakan produk asli.

         Antara maklumat yang diselidiki ialah:
·   Pengeluar utama – Barangan tiruan adalah produk yang dihasilkan oleh syarikat bukan pengeluar utama dan tidak mendapat kebenaran dari syarikat pengeluar utama untuk berbuat demikian. Untuk mengenapasti barangan asli, perkara pertama yang harus diketahui ialah siapakah pengeluar utama sesuatu produk tersebut.

·   Harga – Pastikan berapa harga produk asli yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar utama.

·      Label – Pastikan bagaimana label sesuatu produk yang asli. Biasanya label barangan tiruan adalah hampir sama dengan yang asli tetapi masih terdapat kecacatan di label produk tiruan yang kita tidak sedari.

·    Ciri-ciri – Ketahui apakah ciri-ciri produk asli yang kita ingin selidiki seperti fungsi produk itu dan hasil yang pengguna perolehi setelah menggunakan produk tersebut. Contohnya telefon pintar seperti Blackberry mempunyai applikasi BBM(Blackberry Messanger) dan boleh berhubung dengan pengguna Blackberry yang lain.

2)  Mendapat maklumat dan mendengar daripada orang lain mengenai produk asli tidak mencukupi. Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki.

3) Kemudian barulah buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya harga produk tersebut ialah RM 300 tetapi yang kita lihat dipasaran ialah RM100 atau lebih rendah. Jika berlaku demikian kita hendaklah berfikir sama ada produk itu benar-benar asli yang diturunkan harga ataupun ia adalah produk tiruan.

Tidak mampu beli barangan original?

Apa yang perlu dibuat? Tunggulah masa ada promosi. Pelanggan boleh mendapat potongan harga dari 10% hingga 70%! Dan ini terpulang kepada sesebuah syarikat yang menjual produk asli tersebut berapa sahaja potongan harga yang mereka tawarkan. Membeli produk asli semasa ada promosi membolehkan pelanggan mendapatkan barangan dengan kualiti yang bermutu tinggi dan tahan lama dengan harga yang murah. Membeli barangan tiruan yang mudah rosak kemudian beli lagi yang baru dan beli lagi, silap-silap lebih banyak wang yang digunakan berbanding beli yang asli!

Peranan pengguna

Kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam mengenalpasti barangan yang asli ataupun tiruan. Ketelitian membaca label sebelum membeli produk seperti produk makanan, kosmetik dan ubat-ubatan adalah sangat penting bagi mengelakkan kesan buruk yang boleh berlaku terhadap kesihatan.

Apabila kita sebagai pelanggan mendapati peniaga yang menjual barangan tiruan lebih-lebih lagi barangan yang boleh memudaratkan kesihatan, pengguna hendaklah segera membuat aduan kepada pihak berkuasa dan jangan ambil tindakan tidak ambil peduli. Ini kerana apabila pelanggan tidak kisah bermakna pelanggan menyokong penjualan barangan tiruan dan mengalakkan penjual untuk menjual barangan tiruan ini.


Kecenderungan pelanggan membeli barangan tiruan mendatangkan impak negatif kepada ekonomi negara. Menjadi pengguna yang bijak dan lestari adalah untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat yang lain.

10 comments:

  1. barangan tiruan mendatangkan impak positif kepada ekonomi negara China.. :)

    ReplyDelete
  2. Sesetengah produk kesihatan macam produk kecantikan mahupun ubat-ubatan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan kita sekiranya produk tiruan kerap digunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kesan yang kita lihat setelah menggunakan produk kecantikan tiruan hanya menggambil masa yang singkat seperti rasa gatal pada kulit ataupun ruam. Baham-bahan tiruan yang digunakan juga boleh mendatangkan toksik dalam badan.

      Delete
  3. Bukan produk kecantikan @ ubat-ubatan saja yg blh mndatangkan kesan negatif. Barangan elektronik tiruan seperti HP, alat2 komputer & sebagainya boleh mejejaskan kesihatan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang macam mana tu Lyn? :D

      Delete
    2. Setiap penghasilan barangan elektrik dan elektronik adalah di kawal dan mematuhi piawaian kualiti dan peraturan yg telah di tetapkan. Ini kerana kebanyakan peralatan elektrik & elektronik ini memancarkan gelombang elektromagnet yang berpotensi memberi kesan kepada kesihatan manusia. Contohnya telefon bimbit, jadi bagaimana dengan barang tiruan??

      Delete
    3. Thank you for the information. Barang elektrik tiruan kebanyakannya tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

      Delete
  4. Sangat berguna informasi yg diberikan pada saya sebagai pelajar stpm penggal satu... Hihihi... Just nak cakap thank you very much...

    ReplyDelete
  5. Play live dealer games at Borgata Hotel Casino & Spa - JTM
    Play 공주 출장안마 live dealer games at 전라남도 출장샵 Borgata Hotel Casino & Spa. 의정부 출장안마 We offer the best game options, 안양 출장샵 exclusive promotions and the highest 춘천 출장샵 paying deposit

    ReplyDelete